Bob Kuman meninggal dunia,Al-Fatihah

Semalam,seluruh negara dikejutkan dengan kematian artis dan pelawak terkenal Bob Kuman.Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di kediamannya di Kota Damansara kira-kira pukul 4.38 ptg.Terasa jugak kepiluannya sebab tidak berapa lama dulu telah keluar berita tentang kesusahan yang sedang beliau tanggung sampaikan time tu keluar khabar mengatakan beliau dah meninggal padahal ianya tidak benar sama sekali.

Personally aku tak ikut sangat perkembangan saudara Bob kecuali banyak menonton rancangannya yang sering berganding dengan Apek dan Yassin.Teringat satu rancangan jenaka time raya beberapa tahun lalu yang turut menampilkan Nabil,Irma Hasmie(time tu tak pakai tudung lagi),Amy Mastura to name a few.Lupa pulak apa nama rancangannya.

Anyway ,begitulah putaran kehidupan.Bagi kita yang masih hidup,perkara terbaik yang kita boleh buat ialah menghadiahkan surah Al-Fatihah serta sama-samalah kita doakan agar saudara Bob diangkat Allah untuk bersama dengan orang-orang yang dimuliakan dan dikasihi.Serta janganlah pulak kita lupa untuk menghitung diri kita sendiri.Hari ini hari beliau,entahkan bila akan sampai jugak hari kita.

Al-Fatihah……

Petua untuk selamat diri dan harta benda di waktu malam

Aku ada dengar dari kuliah Ust Shamsuri.Dia kata Nabi ada bersabda barangsiapa yang membaca Ayatul Kursi dan 2 ayat pertama dari Surah Al Ghafir,maka Allah akan pelihara dia dari malapetaka.Kalau dia baca ayat tu pada awal pagi(lebih kurang lepas Subuh maka Allah akan pelihara dia dari pagi sampai ke petang dan kalau dia baca lagi ayat tu pada waktu petang(kira-kira lepas Maghrib) maka Allah akan pelihara dia dari petang sampai ke pagi esoknya.Kiranya kalau sesiapa amal ayat ni pagi sekali dan petang sekali maka insyaAllah dia akan dipelihara dari malapetaka 24 jam sehari.

Satu lagi petua pun aku dengar dari Ust Shamsuri gak,cuma kali ni dia sendiri kata dapat dari bekas mufti Pulau Pinang.Barangsiapa yang mengamalkannya insyaAllah terpelihara keselamatannya dan harta bendanya masa tidur dari Syaitan dan mana-mana orang yang perangainya macam Syaitan(orang jahat la).

1.Sebaiknya berwuduk sebelum tidur.

2.Duduk kalau boleh mengadab kiblat.

3.Tadah tangan,kemudian tiup ke arah tangan yang sedang menadah.

4.Baca 3 Qul,bila selesai sapukan tapak tangan tadi ke seluruh anggota badan setakat mana yg sampai.Ulang langkah 2 dan 3 sebanyak 3 kali.

5.Baring macam biasa,kemudian baca ayatul Kursi.

6.Diikuti dengan bacaan

7.Kemudian baca 2 ayat last dari surah al Baqarah.

8.Diakhiri dengan doa sebelum tidur.

Cuba-cubalah beramal dengan petua kat atas mudah-mudahan Allah selamatkan diri kita semua.InsyaAllah

Politik dalam pejabat

Mutakhir ini ramai orang sibuk bersembang tentang politik.Baik muda,tua,miskin mahupun kaya semuanya sibuk bergebang pasal politik.Tambah pulak lepas baru berlangsungnya Bersih 3.0 tak berapa lama duluAda yang bersembang di kedai kopi sampai tumbuk-tumbuk meja nasib baik tak tumbuk kawan dia dan bagi generasi muda selalunya perdebatan politik ni berlangsung di alam maya melalui forum-forum dan blog-blog politik.

Tapi tak ramai yang sedar ada satu lagi dunia politik yang tidak kurang mencabarnya.Politik yang aku maksudkan tidak dan tidak bukan poltik dalam pejabat.Biasanya dalam pejabat ni ada 2 jenis golongan.Pertama golongan yang memang berdedikasi dan rajin.Kedua ialah golongan yang emm….kurang dedikasi dan kurang rajinnya.Aku amat yakin siapa yang bekerja di pejabat terutamanya pejabat kerajaan pasti akan jumpa dunia yang tidak kurang dramatiknya ini.Seperti politik di luar sana,politik dalam pejabat turut sarat dengan bermacam-macam rencah,drama,aksi-aksi skandal-skandal yang memualkan.

Lazimnya di dalam pejabat,golongan ¬†yang malas dan selalu curi tulang ni lah yang kerap cepat naik pangkat dan terlepas dari apa-apa kesalahan.Mereka seringkali mencari peluang untuk membodek pihak atasan dan menabur fitnah kepada mana orang yang mungkin menggugat kedudukan mereka.Selalunya yang rajin,cekap,dedikasi,jujur dan amanah nilah yang kerap jadi mangsa.Mereka sering diberi kerja-kerja yang berlebihan dan kerapkali terpaksa mensetelkan mana-mana masalah yang ditimbulkan golongan yang macam mana nak cakap yek?Jahat la kot….

Cuba-cubalah sembang dengan mana-mana member yang lama kerja dalam pejabat.For sure¬†banyak cerita yang boleh dikongsikan.Silap-silap kalau dapat kat David Teoh,terus boleh bikin drama slot Samarinda yang baru…..

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.